Pilihan Kuih Raya Anda...

Buat masa ini, kami menjual dan mengedarkan serta membekalkan lebih daripada 50 jenis produk terdiri daripada biskut raya homemade premium, biskut bukan premium, biskut raya ekonomi , kerepek ubi kayu dan rempeyek sebagai variasi pilihan pelanggan.

Biskut Raya Homemade / Premium
Produk yang dihasilkan secara homemade dan disediakan hanya mengikut pesanan sahaja ( made by order ) dan tiada stok sedia ada. Biskut premium ini diperbuat daripada bahan-bahan yang terbaik bagi menjamin rasa dan kualiti produk - 100% butter berjenama digunakan dalam setiap pengeluaran.

Biskut Raya Non Premium
Produk ini dihasilkan sama ada secara homemade ataupun industri oleh pembekal yang terpilih. Namun biskut ini tetap menggunakan bahan mentah yang bermutu - 100% menggunakan butter berjenama serta dapat dijual dengan harga yang lebih rendah berbanding biskut premium.


Biskut Raya Ekonomi
Produk ini dihasilkan secara industri kecilan oleh masyarakat desa yang terdiri daripada orang kampung, warga ibu tunggal dan lain-lain. Produk ini menggunakan marjerin dalam setiap pengeluaran bagi mengurangkan kos bahan mentah dan dapat mengeluarkan produk dengan harga yang paling ekonomik dan mampu beli kepada sebahagian sasaran pasaran.


Kerepek Ubi & Rempeyek
Diusahakan secara kecilan dirumah oleh beberapa pengusaha melayu bagi menambahkan pendapatan isi rumah.